Majlis Perasmian Public Sector Chief Information Officer Convention and Exhibition
YBhg. Dato' Ketua Pengarah dijemput menghadiri Majlis Perasmian Public Sector Chief Information Officer Convention and Exhibition (CIO CONVEX) 2019 di Sime Darby Convention Centre Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Majlis ini disempurnakan perasmian oleh YBhg. Dato' Dr Mazlan Yusoff, Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) mewakili YBhg. Tan Sri Dr Ketua Setiausaha Negara (KSN).
MARA dijemput bagi menerima sijil penghargaan Projek Government Online Services (GOS) Gateway bagi Perkhidmatan Carian Institusi Pendidikan di Malaysia.
Government Online Services Gateway atau GOS Gateway adalah satu gerbang perkhidmatan Kerajaan yang mengintegrasikan perkhidmatan dalam talian agensi kerajaan bagi memudahkan capaian dilakukan oleh rakyat melalui satu gerbang tunggal. GOS Gateway menyediakan perkhidmatan digital yang berpaksikan rakyat dan berkonsepkan life-event serta disediakan dalam talian secara menyeluruh (end-to-end services). Sebelum pelaksanaan GOS Gateway, perkhidmatan Kerajaan disampaikan secara silo.
Peranan MARA dalam projek ini adalah menyediakan kandungan yang berkaitan dengan MARA agar dapat turut dicapai melalui Portal ini bagi carian institusi untuk semua institusi di bawah BPT, BKT & BPM.
GOS Gateway boleh dicapai melalui Portal http://www.malaysia.gov.my
Senarai penerima sijil GOS Gateway :
• Kementerian Sumber Manusia
- Search for Educational Institution in Malaysia
• MARA

• Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional

• Majlis Peperiksaan Malaysia
- STPM & MUET Exam Result Review
• Persatuan Orang-orang Pekak Malaysia
- User Experience Study for Mygovernment Portal
Read MoreMajlis ini disempurnakan perasmian oleh YBhg. Dato' Dr Mazlan Yusoff, Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) mewakili YBhg. Tan Sri Dr Ketua Setiausaha Negara (KSN).